Penterjemahan kandungan
Alat Penterjemahan Kandungan membenarkan para penyunting untuk membuat terjemahan di sebelah kanan rencana asal dan mengautomasikan langkah-langkah yang membosankan: menyalin teks merentasi tab pelayar, mencari pautan dan kategori berkaitan dan sebagainya. Dengan menyediakan pengalaman yang lebih lancar, para penterjemah boleh meluangkan masa mereka mencipta kandungan bermutu tinggi yang membaca secara semula jadi dalam bahasa mereka.
Content Translation
Alat terjemahan berbantukan komputer untuk halaman Wikipedia
|
Alat tersebut, yang masih lagi dalam pembangunan aktif tersedia untuk anda cuba dan telah pun digunakan untuk mencipta lebih sejuta rencana, hasil daripada peningkatan produktiviti daripada para penterjemah.[1][2] Penterjemahan Kandungan menyepadukan alatan seperti kamus atau perkhidmatan penterjemahan mesin. Alat itu tidak disokong untuk semua bahasa, tetapi alat itu boleh diperluaskan untuk memasukkan lebih banyak.
Penterjemahan Kandungan melengkapkan sambungan [[Translate |Terjemahan]] yang sedia ada: walaupun teks-teks pada menu Wikipedia dan unsur antara muka pengguna yang lain diterjemahkan dan disimpan secara segerak oleh komuniti yang menggunakan Terjemahan, kandungan Wikipedia boleh diterjemahkan dengan menggunakan Penterjemahan Kandungan.
Lihat juga:
- Projek Terjemahan bahagian akan meningkatkan kemampuan terjemahan Kandungan.
The Section Translation initiative expands the capabilities of Content translation. Translators will be able to expand existing articles by translating a new section on mobile and desktop. Terjemahan keratan sedang dalam pembangunan aktif dan anda boleh sertai dan jejak perkembangan kemas kini terkini.
Cubalah alatnya
Anda boleh mencapai alat tersebut di Khas:Penterjemahan Kandungan daripada Wikipedia dalam mana-mana bahasa. Mencapainya untuk pertama kalinya akan mendayakan alat untuk wiki itu.
Terjemahan Kandungan terdapat di Wikipedia dalam semua bahasa untuk pengguna terdaftar masuk. Dalam sesetengah bahasa ia mesti dibolehkan sebagai ciri beta, dan dalam bahasa lain ia merupakan keutamaan pengguna biasa yang dibolehkan terasalnya. Apabila ia dibolehkan, anda akan lihat titik masuk tambahan untuk mulakan terjemahan dengan mudah dari halaman "sumbangan" anda atau dari senarai bahasa rencana Wikipedia apabila ia nirwujud dalam bahasa anda.
Jika anda mempunyai sebarang masalah dengan alat itu atau anda ingin berkongsikan pengalaman anda menggunakannya, berikan maklum balas di laman perbincangan.
Tujuan alat
Penterjemahan Kandungan membenarkan anda mencipta versi asal laman Wikipedia berdasarkan pada versi sedia ada daripada bahasa lain. Alat itu memberi tumpuan pada pemindahan dan penyesuaian kandungan daripada rencana sedia ada kepada rencana baru dalam bahasa lain. Ia membenarkan para penyunting untuk menggunakan semula mana-mana kandungan daripada versi asal dan kemudian menyuntingnya dengan alat penyuntingan yang biasa mereka gunakan.
Kami berharap Penterjemahan Kandungan akan membantu mengembangkan pengetahuan manusia kepada lebih banyak bahasa. Alat tersebut menyasarkan kepada para pengguna yang mengetahui dua atau lebih banyak bahasa.
Untuk para penyunting semasa, alat tersebut akan memudahkan proses menterjemah kandungan. Buat masa ini, kira-kira 15% pengguna juga menyunting edisi bahasa kedua mereka. Pengguna-pengguna berbilang bahasa ini didapati lebih prolifik berbanding pengguna satu bahasa, menghasilkan kira-kira 2.3 kali lebih banyak suntingan daripada biasa.[3] Tambahan pula, alat ini bertujuan untuk menarik minat penyunting baru, yang mungkin mendapat manfaat melalui cara menyumbang yang lebih mudah berbanding mencipta halaman baru dari awal.
Alat tersebut direka menurut prinsip-prinsip yang berikut:
- Menjimatkan masa. Membantu penterjemah mencipta kandungan dengan lebih cepat, tanpa menyalin dan menampal alat luar yang tidak perlu.
- Menyediakan bantuan. Mengelakkan berlakunya kesilapan dan menjadikan pengguna lebih yakin terhadap penterjemahan mereka.
- Menggalakkan mutu penterjemahan. Alat tersebut seharusnya menyampaikan tujuan penterjemahan dalam konteks Wikimedia dan membantu pengguna untuk mengelakkan terjemahan yang tidak bermutu.
- Tidak memaksa pengguna. Disebabkan para penterjemah mempunyai corak suntingan yang berbeza, bantuan yang diberikan hendaklah tidak mengganggu proses penyuntingan.
- Tumpukan pada kandungan. Penterjemahan lebih tertumpu pada kandungan berbanding penggayaan teks. Unsur-unsur teknikal seperti teks wiki haruslah ditangani dengan cara yang tidak menjadikan penterjemahan lebih sukar.
Maklumat lanjut mengenai analitik dianggap tersedia
Cara menyertai
- Cuba alat ini
- Bantu tingkatkan alat ini dengan integrasi perkhidmatan terjemahan enjin baru atau menganalisa data kami mengenai terjemahan yang diterbitkan agar perkhidmatan terjemahan menjadi lebih baik lagi.
- Mengambil kaji selidik bahasa baru, di mana anda boleh menyediakan maklumat mengenai sokongan alat sedia ada untuk bahasa anda.
- Memberi maklum balas di laman perbincangan.
Semua halaman berkaitan
- Takrifan produk
- Untuk pembangun
- Maklumat pelaksanaan
- Dokumen bantuan
- Pengumuman
- Semua sublaman
- Amalan terbaik untuk acara Terjemahan Kandungan
- Extension:Translate
- Status reports
- Roadmap
Rujukan
- ↑ Cakupan 'vaksin' penting Wikipedia yang sedang berkembang, Blog Wikimedia
- ↑ Bagaimana penterjemahan kandungan meningkatkan suntingan wiki saya, Blog Wikimedia
- ↑ Multilinguals and Wikipedia Editing, Scott A. Hale. Dec 2013
This page or project is maintained by Wikimedia Language engineering .
Get help: |