Muat turun
Keluaran terkini
- MediaWiki 1.44.0 (muat turun .zip, muat turun .tar.gz) - stabil
- MediaWiki 1.43.3 (muat turun .zip, muat turun .tar.gz) - sokongan jangka panjang (SJP)
- MediaWiki 1.39.13 (muat turun .zip, muat turun .tar.gz) - sokongan jangka panjang (SJP) legasi
Untuk pengguna MediaWiki versi 1.40-1.42 dan 1.38 dan terdahulu: Versi tersebut tidak lagi disokong. Sila kemaskini kepada versi terkini MediaWiki.
MediaWiki ialah aplikasi bebas yang dilesenkan di bawah Lesen Awam Am GNU versi 2 (atau versi kehadapan). Disebabkan penggunaan MediaWiki adalah bebas dan percuma, tiada waranti, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang berkaitan. Sila baca teks penuh GPL GNU versi 2 untuk perincian.
Keperluan sistem
MediaWiki memerlukan PHP 8.1.0+, aplikasi web pelayan, dan pilihan MariaDB 10.3.0+, MySQL 5.7.0+, SQLite 3.24.0+ atau PostgreSQL 10.0+. Penggunaan MariaDB atau MySQL adalah digalakkan kerana Wikipedia menggunakan MariaDB. Pelayan pangkalan data yang lain tidak diuji secukupnya dan anda berkemungkinan menemui beberapa pepijat.
Untuk maklumat lanjut, sila baca laman keperluan sistem dan kesesuaian.
Muat turun melalui garis perintah
Untuk memuat turun MediaWiki 1.44.0 dalam terminal pada mesin Linux menggunakan wget, gunakan salah satu daripada arahan berikut
wget https://releases.wikimedia.org/mediawiki/1.44/mediawiki-1.44.0.tar.gz
Sebagai alternatif, gunakan cURL:
curl -O https://releases.wikimedia.org/mediawiki/1.44/mediawiki-1.44.0.tar.gz
Muat turun tandatangan
- Tandatangan keselamatan GPG untuk mengesahkan muat turun anda dengan GNU Privacy Guard:
- MediaWiki 1.44.0 - stabil, sokongan jangka panjang (SJP) terkini
- MediaWiki 1.43.3 - legasi
- MediaWiki 1.39.13 - sokongan jangka panjang (SJP) legasi
- Kekunci GPG
Pemasangan manual secara alternatif
Sesetengah pengguna mungkin lebih suka melangkau pemasangan manual dengan menggunakan perkakasan perisian MediaWiki atau perkhidmatan pengehosan yang telah diintegrasikan. Repositori beberapa edaran Linux juga semakin banyak menawarkan pakej untuk MediaWiki, dengan darjah kekerapan dan liputan sambungan yang berbeza (cth. Debian, Ubuntu, Fedora, Gentoo)
Security and update announcements
Langgani pengumuman keluaran kami melalui penghantaran emel. Ikuti perkembangan keluaran terkini, dan pastikan pelayan anda selamat!
Keluaran legasi
Jika pemasangan MediaWiki anda telah banyak dimodifikasi, mungkin sukar untuk menggunakan perubahan/pemutakhiran rasmi terkini MediaWiki. Untuk menyokong pengguna seperti ini, kami menyimpan cabang kod lama kami hingga setahun terakhir untuk keluaran legasi dan sehingga tiga tahun untuk keluaran legasi dengan sokongan jangka panjang.
Keluaran pembangunan
To contribute to the development of MediaWiki core or extensions, Download from Git to get the latest version. For more information about setting up a development environment, see How to become a MediaWiki hacker .
Keluaran lama
Anda boleh mencari arkib tarball (dengan pengakhiran *.tar.gz
) MediaWiki versi lama dalam arkib muat turun MediaWiki.