Pusat penterjemah

This page is a translated version of the page Translator hub and the translation is 100% complete.
  • Community Noun project 2280.svg Users
  • Octicons-terminal.svg System Administrators
  • Source code project 1171.svg Developers
  • OOjs UI icon language-ltr.svg Translators

Inilah tempat untuk penterjemah, di mana pemula boleh mendapatkan bantuan untuk bermula. Pengguna termaju boleh mengetahui cara menandakan halaman untuk terjemahan. Jadi anda patut mulakan dengan mengetahui jalan kerjanya, sebelum menterjemah halaman.

Symbol Translate.svg

MediaWiki.org menggunakan Extension:Translate untuk penyetempatan. Wiki inilah tempat anda boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenainya. Lihat Help:Extension:Translate . Anda boleh mendapat maklumat lanjut untuk pemula di Project:Language policy .

Jika anda ingin membantu kami berkenaan sesuatu terjemahan

Anda disarankan membaca laman contoh Terjemahan untuk pengenalan menggunakan sambungan Terjemahan. Ketika membuat kerja, ikutilah amalan-amalan terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek terjemahan untuk bahasa anda, pergi ke Project:Translation .

Penterjemah baharu

Untuk pemula, sebaiknya memulakan terjemahan apa-apa mesej di laman yang sudah mula diterjemahkan oleh penterjemah lain. Penterjemah asal berkemungkinan besar akan memantau suntingan anda, jadi terjemahan anda mungkin akan disemak kelak. Jika ada kesilapan dalam kerjaan anda, mereka memperbetulkannya. Ia antara sebab untuk menggunakan halaman pantauan.

Jika anda mahu, anda boleh berbincang dengan penterjemah bahasa ibunda anda di halaman bincang, yang dipasangankan dengan kod sublaman bahasa anda (jika wujud).

Untuk penterjemah termaju

Jika anda mahu belajar lanjut cara menyediakan halaman untuk terjemahan, lawatilah sini. Setelah selesai kerjaan ini, anda perlu menunggu hingga halaman yang disediakan diproses oleh pentadbir Terjemahan yang menandakan halaman ini untuk terjemahan.

Pentadbir terjemahan

Hanya pengguna dalam kumpulan pentadbir Terjemahan boleh menandakan halaman untuk diterjemahkan. Jika anda telah menunggu tempoh yang tertentu untuk sesuatu halaman ditandakan, anda boleh meminta mana-mana pengguna dalam senarai ini untuk melakukannya.

Tersaran

Lihat juga