Kategori:Sambungan

This page is a translated version of the page Category:Extensions and the translation is 100% complete.

Kategori ini menyenaraikan maklumat dan laman yang berkaitan dengan sambungan MediaWiki.

Mencari sambungan

Subkategori yang disenaraikan di bawah menyediakan pelbagai cara untuk melihat beberapa sambungan. Untuk melihat senarai semua sambungan yang mengandungi laman dalam mediawiki.org, sila ke subkategori semua sambungan.

Senarai sambungan lain termasuklah:

Sila ambil perhatian bahawa kebanyakkan sambungan yang disenaraikan di sini tidak dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pembangunan aplikasi MediaWiki. Bagi kebanyakkan sambungan, tiada jaminan terhadap kualiti perisian, sekuriti atau fungsi yang dijalankan dengan penggunaan versi terkini MediaWiki.

Mendapatkan bantuan dengan sambungan

Laman dokumentasi untuk sambungan diharap dapat memberikan seberapa banyak informasi yang anda perlukan semasa pemasangan atau penggunaan. Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh mengajukannya di laman perbincangan yang berkaitan, atau menghubungi penulis laman sambungan jika terdapat informasi mengenainya, atau menggunakan talian sokongan sedia ada seperti senarai alamat mediawiki-l atau saluran IRC #mediawiki. Sila jangan hubungi pembangun MediaWiki mengenai soalan berkaitan dengan sambungan yang dibangunkan oleh pihak ketiga!

Tambah baik sambungan sedia ada

Mencipta sambungan baru

Laman Manual:Extensions mengandungi maklumat umum yang bagus akan bagaimana sambungan distruktur.

Lihat juga laman-laman berikut:

Jika anda mempunyai sambungan untuk ditambah ke laman ini, cipta laman baru dan tambah templat sambungan di atasnya (atau cipta laman sambungan baru). Ini akan mencipta kotak info berguna dan laman ditambah dalam kategori ini. Lihat Template:Extension untuk butiran lanjut. Anda juga perlu memasukkan butiran terperinci seberapa banyak mungkin dan wajar melawat laman itu secara kerap bagi menjawab pertanyaan pengguna.

Sila ikut sistem versi MediaWiki dan gunakan nama cabang seperti REL1_35, REL1_36, REL1_37, dan sebagainya. Jika terdapat nyahpepijat yang perlu dikembalikan, ianya akan mudah diperbaiki menerusi cabang terkini. Ia juga membolehkan pengguna Git untuk bekerja secara langsung melalui sumber MediaWiki, dan bukannya melalui arkib tarball dan fail zip yang mengandungi nama yang tidak relevan dan mengelirukan. Lihat juga Pengurusan kitaran sokongan sambungan.

Sambungan yang mengandungi definisi hook baru di dalam kod sambungan sepatutnya didaftarkan di laman pendaftaran hook sambungan.

Sambungan yang mengandungi definisi kosa nama sepatutnya didaftarkan di laman kosa nama asal sambungan.

Lihat juga

Penafian

Pembangun MediaWiki tidak menawarkan sokongan terhadap alat tambahan pihak ketiga serta pembangun MediaWiki ataupun pengelola laman ini tidak memberikan jaminan terhadap kesesuaian, kefungsian, keselamatan atau segala sifat lain mana-mana sambungan yang dihuraikan dari laman ini. Penggunaan sambungan dalam laman ini bukanlah merupakan bentuk sokongan oleh pembangun MediaWiki atau Yayasan Wikimedia.

Jika terdapat mana-mana sambungan yang diterbitkan menerusi laman ini mengandungi kerentanan yang mendedahkan pengguna kepada kod hasad bersilang atau apa jua kerentanan yang lain, atau menyebabkan tidak selamat digunakan, ia boleh dan akan dipadamkan tanpa notis.

Penafian umum yang diperuntukkan juga dikekalkan.

Subcategories

This category has the following 17 subcategories, out of 17 total.
The number of included categories (C), pages (P) and files (F) is stated in brackets.