Manual:Skrip tetapan

This page is a translated version of the page Manual:Config script and the translation is 100% complete.


Selepas memuat turun dan mengekstrak MediaWiki ke dalam pelayan web anda, selesaikan persediaan asas itu dengan menjalankan skrip tetapan. Skrip ini membolehkan anda untuk memberitahu MediaWiki akan informasi yang diperlukan agar wiki dapat disediakan dan dijalankan. Langkah-langkah berikut menjelaskan bagaimana untuk menyelesaikan persediaan asas:

Jalankan skrip persediaan MediaWiki dalam pelayar web

 
Pemasang web MediaWiki 1.38

Dalam contoh berikut, diandaikan bahawa laman web anda berada di http://www.example.com/. Lokasi fizikal pelayan anda bergantung kepada konfigurasi perisian pelayan web anda. Laraskan contoh mengikut keperluan.

  1. Buka pelayar web dan pergi ke alamat laman web atau laluan yang telah anda tetapkan untuk MediaWiki dari perisian pelayan web.
  2. Anda akan melihat versi MediaWiki yang telah diekstrak dan pautan ke "Please set up the wiki first." ("Sila tetapkan wiki terlebih dahulu"). Klik pautan itu untuk mula menjalankan skrip tetapan.
    Sebagai rujukan (jika anda ingin ke sana secara langsung), ianya terletak dalam direktori MediaWiki mw-config (jadi dengan menggunakan contoh di atas, anda akan pergi ke http://www.example.com/mw-config/ atau dari mesin setempat http://localhost/mw-config/).
  3. Selepas memilih bahasa, skrip tetapan akan melakukan beberapa semakan keadaan.
  4. Ikuti arahan pada laman itu untuk melakukan sambungan kepada pangkalan data, cipta akaun pentadbir MediaWiki, dan melakukan tetapan sampingan seperti logo atau antara muka.
    Disebabkan LocalSettings.php menyimpan kata laluan dalam teks jelas pengguna pangkalan data, amat disarankan agar anda mencipta akaun pangkalan data spesifik untuk wiki (cth. bukan "root").
  5. Skrip akan melakukan pengisian pada pangkalan data dan menulis fail tetapan.
  6. Selepas proses skrip tetapan selesai, muat turun fail tetapan LocalSettings.php yang telah dihasilkan dan simpan fail tersebut dalam direktori asas MediaWiki anda.

LocalSettings.php mengandungi informasi yang diperlukan oleh MediaWiki untuk berfungsi.

Tetapkan kawalan fail yang lebih ketat di mana pengguna sistem boleh membaca dan menulis fail LocalSettings.php.
Sebagai contoh, tetapkan chmod 600 dan chown <pemilik pelayan web> (Pemilik diberi kawalan read/write, tiada kawalan lain).

Wiki anda sepatutnya sedia untuk digunakan. Layarinya menggunakan alamat yang anda tetapkan semasa pemasangan MediaWiki itu.

Teruskan dengan konfigurasi lanjutan di laman Manual:System administration .

Alternatif menggunakan garis perintah

Sebagai alternatif, anda boleh menjalankan pemasang berjenis garis perintah, berbanding dengan skrip tetapan pada pelayar web: php maintenance/install.php