Hackathon Wikimedia 2022

This page is a translated version of the page Wikimedia Hackathon 2022 and the translation is 98% complete.
Outdated translations are marked like this.

Hackathon Wikimedia ialah acara dalamtalian percuma untuk bergotong-royong dalam projek teknikal, belajar kemahiran baharu, dan bertemu dengan penyumbang teknikal lain.

Hackathon sedang berlangsung!

Jangan lupa, semua peserta mesti mematuhi Tatakelakuan Ruang Teknikal Wikimedia dan Dasar Ruang Mesra.

Kami ingin mendengar maklumbalas anda! Isilah tinjauan kami (di Qualtrics) atau tinggalkan catatan di [$2 Etherpad]. Please see the privacy policy to see how the information is governed.

Hackathon untuk siapa?

Hackathon menghimpunkan penyumbang teknikal dari seluruh dunia, dari pencipta kod, penyelenggara, penterjemah, perekabentuk, hingga ke penulis teknikal dan peran lain. Pehijau dialu-alukan!

Untuk mengongsi minat anda dengan orang lain, anda boleh menambahkan diri ke senarai peserta.

Bagaimana cara menyertai?

Pelbagai cara menyertai:

Bila dan di mana Hackathon diadakan?

Hackathon diadakan pada 20–22 Mei 2022. Ia berlangsung:

Penggodaman boleh berlaku pada bila-bila masa. Kebanyakan acara akan berjalan dari dan setiap hari. Untuk maklumat lanjut, lihat jadual.

Apa lagi perlu diketahui?

Pasukan penyelarasan

Ahli-ahli jawatankuasa berikut akan menyelaraskan pengurusan Hackthon tahun ini. Jangan malu hubungi kami di wiki jika perlukan sokongan kami!

Bantuan Suaria Tempatan

Permohonan Bantuan Suaria Tempatan telah tutup!
 

Kami menjemput ahli komuniti teknikal dan untuk memohon bantuan Rapid Fund untuk menyemang suaria tempatan semasa atau ketika Hackathon. Bantuan boleh diberi antara 500 dan 5,000 USD. Ambil maklum yang kami tidak boleh melebihi 5,000 USD setiap bantuan, jadi rancanglah sebaiknya. Tarikh tutup permohonan ialah 27 Mac 2022. Perkara ini disaringsiap dengan pantas, jadi usulan tidak perlu panjang atau rumit.

Contoh permintaan termasuklah:

  • Makanan untuk suaria komuniti sebelum, semasa, atau selepas Hackathon dalamtalian (tolong adakan suaria dalam sebulan tarikh Hackathon).
  • Penyewaan tempat untuk para hadirin.
  • Perbelanjaan pengangkutan.
  • Biasiswa untuk membantu ahli komuniti tempatan hadir, termasuklah pakej data, kos jagaan kekanak, atau pengangkutan.
  • Bengkel pra-Hackathon untuk memperkenalkan pehijau atau memberi bimbingan kepada pembangun berpengalaman.
  • Wikimedia Foundation menyediakan senarai perbelanjaan yang layak (contohnya, anda boleh gunakan wang bantuan untuk membayar perbelanjaan langsung seperti bekalan, tetapi anda tidak boleh gunakan dana untuk membayar penyelaras acara). Anda tidak boleh membayar honorarium kepada pensyarah anda di acara anda tetapi anda boleh memberi hadiah nyata (kad hadiah, dll.).
  • Ambil maklum yang pada masa kini, suaria nyata 10 orang atau kurang boleh diadakan tanpa persetujuan tambahan; jika suaria anda lebih ramai, sila patuhi senarai langkah untuk Penilaian Risiko.

Kelayakan:

  • Usulan harus menyokong pencapaian misi Wikimedia dan berkaitan dengan Hackathon (perkara ini tidak boleh menyokong projek edit-a-thon sebagai contoh).
  • Terdapat beberapa negara yang Wikimedia Foundation tidak boleh mengedarkan dana. Jika anda tidak layak untuk dana WMF melalui peluang yang lain, sila emel hlepp@wikimedia.org untuk mengesahkan kelayakan anda untuk permohonan ini.
  • Kedua-dua perseorangan dan pertubuhan dialu-alukan untuk memohon.
  • Seseorang dalam kumpulan anda mesti mempunyai capaian ke akaun bank yang boleh menerima pemindahan wang antarabangsa.
  • Tatakelakuan Ruang Teknikal Wikimedia akan berkuatkuasa sepanjang acara, di semua wadah dan suaria tempatan. Sila bacanya dan pastikan anda rela dan boleh mematuhinya.

Upah Biasiswa

Permohonan biasiswa telah tutup!

Wikimedia Foundation menyediakan upah untuk menyokong perseorangan yang menghadiri Hackathon Wikimedia 2022. Permohonan perlu dihantar sebelum 1 April 2022. Perseorangan boleh memohon untuk penampungan perbelanjaan berkaitan Hackathon seperti:

  • perkhidmatan jagaan kekanak (atau perkhidmatan keluarga sepertinya)
  • pakej data
  • kos pentadbiran atau pengendalian untuk mengedarkan dana kepada ahli komuniti
  • perbelanjaan perkakas kecil untuk capaian sokongan
  • pembayaran berkaitan lain.

Semua upah ialah $100 USD, bersama $25 USD tambahan untuk yuran bank berkaitan.

Tinjauan dijalankan melalui Google Forms, yang mungkin tertakluknya kepada terma-terma tambahan. Untuk maklumat lanjut mengenai kebersendirian dan penanganan data, lihat Dasar Kebersendirian and Terma Perkhidmatan Google dan pernyataan kebersendirian tijauan kami.