Panduan:Apa itu MediaWiki?

This page is a translated version of the page Manual:What is MediaWiki? and the translation is 100% complete.

Logo MediaWiki

MediaWiki ialah aplikasi wiki bebas berdasarkan pelayan, dilesenkan di bawah GNU General Public License (GPL). Ianya direka bagi menyediakan laman yang mendapat jutaan lawatan per hari.

Anda mungkin mengetahui mengenai Wikipedia, ensiklopedia percuma. MediaWiki ialah aplikasi di mana laman Wikipedia dibangunkan.

Perkataan "wiki", "Wikimedia", dan "MediaWiki" mungkin menyebabkan sedikit kekeliruan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca "Perbezaan di antara Wikipedia, Wikimedia, MediaWiki, dan wiki ".

Umum

MediaWiki ialah aplikasi yang sangat hebat, berskala dan kaya dengan ciri wiki yang menggunakan PHP untuk memproses dan memaparkan data yang disimpan dalam pangkalan data, seperti MySQL.

Laman menggunakan format teks wiki, supaya pengguna yang tidak memiliki pengetahuan bahasa aturcara HTML atau CSS juga boleh melakukan suntingan dengan mudah.

Apabila pengguna menghantar suntingan laman, MediaWiki akan menyalinnya ke dalam pangkalan data, tanpa menghapuskan versi terdahulu, bagi membolehkan laman dikembalikan kepada versi sebelumnya jika berlaku vandalisma atau spam. MediaWiki juga boleh menguruskan fail imej dan multimedia, yang disimpan dalam sistem fail. Untuk wiki yang besar dengan ramai pengguna, MediaWiki menyokong ingatan cache dan mudah dikombinasikan bersama pelayan perisian proksi. Dengan sambungan khusus, MediaWiki juga boleh menguruskan data berstruktur.

MediaWiki ialah...

MediaWiki ialah aplikasi wiki.
Jika anda tidak tahu apa itu wiki, sila baca artikel Wikipedia ini sebelum pergi dengan lebih lanjut!
MediaWiki ialah aplikasi pelayan.
Sebagaimana aplikasi lain yang terdedah kepada sambungan internet, mungkin terdapat masalah pepijat atau sekuriti. Sila jangan pasang MediaWiki melainkan anda berhasrat ingin mengikuti kemaskini sekuriti (sila langgan untuk menerima pengumuman mengenai kemaskini sekuriti).
MediaWiki dipacu untuk keperluan projek Wikimedia.

Program ini dibangunkan dengan tujuan utama untuk dijalankan dalam ladang pelayan besar bagi kegunaan Wikipedia dan projek berkaitan lain. Ciri-ciri, prestasi, konfigurasi, kemudahan penggunaan, dll. selalunya direka bagi tujuan ini; jika kehendak anda sangat berbeza, aplikasi ini mungkin tidak sesuai.

MediaWiki ialah aplikasi bebas.
Tiada jaminan atau waranti dalam apa jua keadaan disediakan.

Cubalah teks Wiki

 
Teks wiki asas (penanda wiki)

Ya, anda boleh mengubah laman dengan mudah, dan anda boleh (dengan sementara) menerbitkan ayat rekaan, dan anda juga boleh (dengan sementara) menghapuskan laman di dalam wiki. Anda tidak memerlukan apa-apa kebolehan berkaitan bahasa aturcara untuk melakukannya.

Kami sarankan anda mengujinya sendiri menggunakan kotak pasir. Sila lakukan ujian di sana sahaja, walaupun para pentadbir mungkin tidak akan bertoleransi dengan apa-apa perbuatan tidak baik sebaliknya.

Anda juga boleh merujuk kepada lembar singkat ini, yang mengandungi format arahan asas.

Beberapa hal di mana MediaWiki tidak selalunya bagus...

  • Oleh kerana MediaWiki direka untuk kandungan terbuka, ia selalunya tidak sesuai digunakan dalam situasi di mana anda ingin mengehadkan akses di mana-mana bahagian wiki. Ia boleh menjadi hos untuk wiki dalam rangkaian dalaman sesebuah organisasi, di mana hanya orang dalaman sahaja boleh melihatnya.
  • MediaWiki direka untuk menyediakan laman dengan trafik yang sangat tinggi seperti Wikipedia. Penggunaannya telah dioptimumkan dan mungkin tidak sesuai untuk laman yang kecil, di mana terdapat batasan kepada storan atau memori berbanding lebar jalur.
  • MediaWiki bukanlah pengganti yang sesuai untuk forum khusus/blog aplikasi jika inilah apa yang anda sedang cari.

Dalam kes di atas, mungkin terdapat aplikasi wiki yang lain (atau aplikasi bukan wiki) yang lebih sesuai dengan keperluan anda.

Lihat juga